Sumbangan COVID-19
April 6, 2020

Hari ini, saya menerima kunjungan saudara Rosli Dahlan, seorang peguam yang juga Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA) yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19.
Saya berasa bangga apabila bekas pesakit COVID-19 yang telah disahkan sembuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengambil peranan membantu mangsa wabak tersebut.
Beliau yang juga Pemegang Amanah Yayasan NAMA telah menemui saya untuk menyampaikan sendiri sumbangan berjumlah RM150,000 daripada pihak yayasan.
Pada awal Mac lepas, UDA menjadi antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) paling teruk menerima kesan apabila beberapa ahli pengurusan tertinggi mereka diuji positif COVID-19. Mereka dikuarantin di hospital, dengan majoriti ditempatkan di Hospital Sungai Buloh (HSB), iaitu hospital khusus bagi merawat penyakit berjangkit.
UDA telah bermurah hati menyumbang untuk menaik taraf beberapa wad kuarantin di beberapa buah hospital, bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes pada pertengahan April. Saya difahamkan, ada dalam kalangan bekas pesakit kakitangan UDA yang terlibat membantu projek vaksin serum darah. Sekiranya projek ini berjaya, mereka ini akan menjadi penyelamat.
Jika seluruh dunia boleh bersatu melawan COVID-19, maka saya berharap rakyat Malaysia juga mampu melakukannya.
Related Posts
See All14 June 2022 PUTRAJAYA (June 14): The Court of Appeal on Tuesday (June 14) dismissed an appeal by central Umno to strike out a RM16 million suit filed by SRC International Sdn Bhd and its two subsidia
25 May 2022 KUALA LUMPUR (May 25): The High Court on Tuesday (May 24) struck out a purported fraudulent suit by the late Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis's mother, Aminah Abdullah, against her two grandchi
13 May 2022 KUALA LUMPUR (May 13): Judicial Commissioner Datuk Mohd Arief Emran Arifin has recused himself from presiding over SRC International Sdn Bhd and its subsidiary Gandingan Mentari Sdn Bhd's