Dr Mahathir gagal dapat injunksi sementara masih ahli, pengerusi BERSATU
June 18, 2020

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi ad-interim (sementara) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima yang lain bagi mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Marzuki Yahya juga gagal memperoleh injunksi sama bagi mengekalkan kedudukan masing-masing sebagai Pengerusi, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.
Peguam Rosli Dahlan yang mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga yang lain selaku defendan ketika ditemui berkata, mahkamah menolak injunksi itu selepas mendapati imbangan prinsip perundangan tidak mewajarkan ia dibenarkan berdasarkan kepada nas dan prinsip perundangan.
Pihaknya turut memohon untuk membatalkan tuntutan saman Dr Mahathir kerana ia bersifat remeh, melampau, mengjengkelkan dan menyalahgunakan proses mahkamah, yang akan didengar 9 Julai ini bersama-sama permohonan injunksi utama secara inter parte (dua belah pihak).
Menurut Rosli, secara prinsipnya Dr Mahathir dan plaintif yang lain tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) dan alasan perundangan serta fakta.
Related Posts
See All14 June 2022 PUTRAJAYA (June 14): The Court of Appeal on Tuesday (June 14) dismissed an appeal by central Umno to strike out a RM16 million suit filed by SRC International Sdn Bhd and its two subsidia
25 May 2022 KUALA LUMPUR (May 25): The High Court on Tuesday (May 24) struck out a purported fraudulent suit by the late Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis's mother, Aminah Abdullah, against her two grandchi
13 May 2022 KUALA LUMPUR (May 13): Judicial Commissioner Datuk Mohd Arief Emran Arifin has recused himself from presiding over SRC International Sdn Bhd and its subsidiary Gandingan Mentari Sdn Bhd's